Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tabung Khas Bantu Perjuangan...

KUALA LUMPUR - UMNO menubuhkan tabung khas bagi menjalankan aktiviti parti dan berharap...

Anggota Parlimen Bintulu Pertahan...

BINTULU - Anggota Perlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing memuji polis kerana...

Warga Emas Selongkar Tong...

KASIHAN melihat pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian, seorang warga emas di China...

Jatuhkan MB Perak: SPRM...

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin memanggil semula enam Anggota Dewan...

47 Kawasan Rekod Bacaan IPU Baik Setakat 9 Pagi – JAS

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara semakin baik dengan 47 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap baik setakat 9 pagi berbanding 45 kawasan Jumaat malam.

Menurut laporan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya tiga kawasan mencatat IPU sederhana iaitu Bakar Arang, Sungai Petani (53), Pelabuhan Klang (52) dan Seberang Jaya 2, Perai (51) manakala dua lagi kawasan iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan dan Seri Manjong, Perak tidak dinyatakan bacaan IPU.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Untuk IPU semasa, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori