Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lepasan Sekolah Harus Digalakkan...

IPOH - Kementerian Sumber Manusia akan membincangkan dengan Kementerian Pendidikan bagi menggalakkan lebih...

Model ‘Manusia Patung’ Pertama...

PENYAKIT Meningitis yang dihidap Karen Crespo, 32, dari Los Angeles menyebabkan kedua-dua belah...

Jangan Keliru Antara Arabisasi...

BANGKOK - Masyarakat Islam di Malaysia diminta agar tidak keliru antara proses Arabisasi...

Anak Perempuan Najib Langsung...

PUTRAJAYA - Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin...

45 Maut Pertempuran Di Ukraine

KIEV – Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam pertempuran di Ukraine sejak 24 jam lalu, kata beberapa pegawai di sini dan pihak pemberontak pro-Rusia semalam.

“Lebih 19 askar terbunuh, manakala 78 lagi cedera,” kata jurucakap tentera, Vladyslav Seleznyov kepada wartawan di sini, termasuk lima anggota tentera yang maut dalam serangan roket di bandar Kramatorsk, timur Ukraine.

Mengulas serangan sama, Pre­siden Petro Poroshenko berkata, 11 orang lagi terbunuh dalam serangan tersebut.

“Ini merupakan kali pertama kumpulan pemberontak pro-Rusia menyerang pangkalan tentera kerajaan di timur Ukraine,” kata Poroshenko di laman webnya semalam.

Di bandar Donetsk yang merupakan kubu kuat pemberontak, beberapa pegawai memberitahu bahawa lapan orang hilang nyawa termasuk lima mangsa serangan mortar pada pagi semalam.


Kumpulan pemisah turut menyatakan, pihaknya kehilangan tujuh pejuang mereka.

Pertempuran di timur Ukraine semakin sengit menjelang pertemuan pemimpin Perancis, Jerman, Rusia dan Ukraine di ibu kota Belarussia, Minsk pada hari yang sama.

Pertemuan itu bagi mengusahakan satu gencatan senjata untuk menamatkan pertempuran yang berlanjutan sejak 10 bulan lalu dan meragut sekurang-kurangnya 5,300 nyawa. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori