Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Suspek Keempat...

MIRI - Polis menahan seorang ahli perniagaan berusia 29 tahun dipercayai menjadi suspek...

Kerjasama 2 Kementerian Tangani...

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam menyediakan modul latihan...

Keputusan SPM Akan Diumum...

PUTRAJAYA - Pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 diawalkan dan akan...

PAS Mahu Kurung Wanita...

KUALA LUMPUR - PAS sebuah parti politik yang akan mengurung kaum wanita Malaysia...

440,743 Calon Duduki UPSR Mulai 20 Sept

PUTRAJAYA – Seramai 440,743 calon telah mendaftar untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 20 hingga 27 September ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, seramai 430,031 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,712 pula calon sekolah swasta.

Pada tahun ini, 8,100 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara melibatkan 54,253 petugas peperiksaan, katanya.

“Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan UPSR 2018 untuk maklumat mengenai masa serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung,” katanya.

Menurut Kementerian Pendidikan, jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my.


Calon juga diingatkan supaya membawa MyKad masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. – BERNAMA

Kategori