Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Deja Moss Sah Bercerai...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Deja Moss sah bercerai talak satu Azfendy Azzuddin Ahmad...

HSA Terbakar: Sultan Johor...

JOHOR BAHRU - Susulan kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), pagi tadi,...

Caitlyn Jenner Sambut Hari...

WALAUPUN sudah membuat transformasi menjadi seorang wanita, Caitlyn Jenner tetap menghargai anak-anaknya dan...

100 Penduduk Syria Sesak...

DAMSYIK, Syria – Kira-kira 100 penduduk Syria dimasukkan ke hospital kerana me­ngalami masalah...

43 Pelajar Keracunan Gara-Gara Makan Roti Jala Dan Kari Ayam

TAPAH – Seramai 43 orang pelajar dan seorang guru Sekolah Menengah Sains Tapah mengalami keracunan makanan selepas dipercayai memakan roti jala dan kari ayam di dewan makan asrama sekolah pada Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata makanan berkenaan dihidangkan sebagai juadah lewat malam oleh pihak pengendali dapur asrama.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 32 orang dirawat di Hospital Tapah sejak Ahad, 11 orang direhatkan di bilik rehat asrama manakala seorang lagi menerima rawatan di sebuah hospital swasta atas permintaan keluarganya.

Pihaknya dimaklumkan seramai 111 orang menikmati roti jala tersebut tetapi hanya 44 orang yang mengalami cirit-birit, muntah serta pening sejak pagi Ahad, katanya kepada pemberita semasa melawat dapur dewan asrama tersebut.

Beliau sebelum itu melawat mangsa di Hospital Tapah.

“Pengendali dapur telah diarah untuk memberhentikan operasi selama dua minggu dan kita telah mengambil 40 sampel terdiri daripada sampel peralatan dan makanan di dapur itu.

“Dalam lawatan ke dapur dewan, saya dapati beberapa kelemahan perlu diperbaiki antaranya keadaan peti sejuk yang tidak sejuk sehingga menyebabkan makanan mudah rosak,” katanya.

Dr Mah berkata susulan penggantungan sementara pengendali dapur asrama, pihak sekolah telah mengambil penyedia makanan dari luar.

Sementara itu Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Juwita berkata pihaknya telah membuat penilaian semasa ke atas dapur asrama sekolah berkenaan pada 21 Mac lalu dan mendapati kebersihannya adalah pada tahap 81 peratus.


“Tapi bila kita datang semalam, ia berada di tahap 60 peratus,” katanya.

Beberapa pelajar yang ditemui mengakui mereka mengalami rasa pening dan mual serta cirit-birit selepas memakan roti jalan dan kari berkenaan lewat malam Sabtu.

Nurul Fatihah Mohd Zabidi, 16, berkata sebaik mengalami simptom keracunan makanan pada pagi Ahad, dia beberapa kali ke tandas kerana perutnya rasa memulas.

“Masa makan itu, saya tak rasa apa-apa kelainan pada kuah kari. Tapi pada sebelah paginya (Ahad), saya berpeluh dan asyik muntah-muntah disertai perut saya sakit seperti dipulas-pulas.

“Bukan saya sahaja, beberapa kawan saya juga mengalami keadaan sama seperti saya sebelum pihak sekolah membawa kami mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Bagi Noorhana Anzairy, 40, beliau kesal kerana anaknya Nurillyliya Hannim Ahmad Nasri, 13, kini fobia untuk menikmati makanan di asrama sekolah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori