Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Siapa Pelakon Lalok Di...

KISAH tentang pelakon buat hal ketika proses produki dijalankan selalu didengar, antaranya perihal...

Reman Remaja Bunuh Penuntut...

PORT DICKSON - Perintah reman terhadap seorang remaja lelaki yang disyaki membunuh penuntut...

Wanita Disahkan Mati Bangun...

SEORANG wanita warga emas berusia 91 tahun dari Poland yang telah disahkan meninggal...

Klinik GST Di Semua...

IPOH - Peranan Klinik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang membimbing dan memberi...

40 Kes Kematian Akibat Denggi Dilaporkan – KKM

KUALA LUMPUR – Sebanyak 40 kes kematian akibat demam denggi dilaporkan sehingga 25 Feb tahun ini, berbanding 54 kematian bagi tempoh sama pada 2016, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes dari Januari hingga 25 Feb pula adalah 14,513, berbanding 25,403 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Pemantauan lokaliti wabak demam denggi menunjukkan terdapat 678 lokaliti wabak yang masih aktif dan 94 lokaliti hotspot semasa, melibatkan lima negeri iaitu di Selangor (69 lokaliti), Perak (15 lokaliti), Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat lokaliti) dan masing-masing tiga lokaliti di Johor dan Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata orang ramai yang berada di kawasan berwabak digalak menggunakan semburan aerosol, selain memberi kerjasama kepada anggota kesihatan untuk menjalankan semburan kabut untuk membasmi Aedes.

Dalam kenyataan sama beliau berkata terdapat 50 kes positif Chikungunya dilaporkan antara 15 Feb hingga 2 Mac iaitu 36 kes di Baling, Kedah dan 14 kes di Gombak, Selangor.

Katanya, simptom Chikungunya adalah demam, ruam pada kaki, tangan dan badan, sakit badan atau sendi, sakit kepala dan jangkitan conjunktiva.


Bagi kes Zika pula, Dr Noor Hisham berkata pemantauan sistem survelan virus berkenaan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 1 Jan hingga 25 Feb mendapati keputusan ujian ke atas 235 sampel darah dan air kencing adalah negatif.

“Memandangkan transmisi jangkitan denggi, chikungunya dan zika adalah melalui vektor yang sama iaitu nyamuk Aedes, KKM menyeru masyarakat meningkatkan langkah pencegahan.

“Mereka perlu sentiasa membersihkan kawasan kediaman, premis serta tempat pembiakan Aedes,” katanya sambil menasihatkan orang ramai mendapatkan rawatan jika mempunyai gejala seperti ruam dan sakit sendi. – BERNAMA

Kategori