Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pegawai Imigresen Dihukum Penjara...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai Jabatan Imigresen Selangor dihukum penjara seminggu dan denda...

Pemilik Kenderaan Berat Degil...

CAMERON HIGHLANDS - Usaha pihak berkuasa memperketat penguatkuasaan larangan penggunaan tayar celup tanpa...

Indonesia Menang Pakaian Kebangsaan...

WAKIL Indonesia dalam pertandingan ratu cantik dunia, Miss Universe 2015, Ratu Indonesia Elvira...

Kongsi Gambar Rumah Paling...

BRUSSELS - Seorang lelaki di sini merakam dan berkongsi sejumlah gambar di Instagram...

4 Warga Bangladesh Didakwa Seludup Migran

KUALA LUMPUR – Empat lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyeludup tujuh migran dari negara yang sama Julai lalu.

Empat lelaki itu ialah Saiful Islam, 37, Mijun, 36, Mohammad Sujon Miah, 39, dan Md. Solaiman, 34.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi bagaimanapun tiada pengakuan diambil kerana ia bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, semua tertuduh didakwa menyeludup tujuh lelaki warga Bangladesh berusia antara 31 hingga 55 tahun di sebuah rumah di South Bank Residence, No. 179, Jalan Klang Lama, di sini, pada jam 4 pagi, 23 Julai lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Najwa Bistamam manakala semua tertuduh diwakili peguam T Harpal Singah.

Mahkamah menetapkan 27 Ogos ini untuk sebutan semula. – BH Online

Kategori