Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Koboi’ Berpistol Tiruan Dicekup...

BUKIT MERTAJAM - Angkara mahu bergaya dengan pistol tiruan, seorang lelaki berusia 28...

Wow! Jam Pintar Apple...

SYARIKAT paling bernilai di dunia, Apple telah pun menjadualkan sebuah acara khas pada 9 Mac...

PANAS!! Pekerja Asing Cameron...

Dalam satu pendedahan sensasi, ada perkhabaran mendakwa, perkhidmatan seks ditawarkan buat pekerja asing...

Syed Saddiq Personal Bantuan...

PETALING JAYA : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mempersoal bantuan kredit e-tunai sebanyak...

4 Renjer Maut Letupan Bom Di Selatan Thailand

BANGKOK – Empat renjer tentera Thailand maut hari ini apabila bom tepi jalan memusnahkan trak dinaiki ketika mereka memastikan jalan itu selamat dilalui guru, kata pegawai.

Ia kejadian terbaru dalam pemberontakan pemisah di selatan negara itu.

Wilayah dikuasai penduduk Islam bersempadan Malaysia itu digegarkan dengan keganasan sejak lebih sedekad lalu apabila pemisah etnik Melayu memberontak mahukan lebih kuasa autonomi.

Lebih 6,800 maut, majoritinya penduduk awam dalam konflik berkenaan.

Pemisah kerap menyasarkan pegawai keselamatan yang mengawasi tiga wilayah paling selatan di negara itu.

Namun, guru, pegawai tempatan dan yang dianggap bersubahat juga kerap menjadi sasaran dalam keganasan terbabit.


Letupan hari ini di Pattani menyebabkan empat renjer terbunuh dan enam cedera, termasuk seorang penduduk awam, kata timbalan jurucakap tentera selatan, Kolonel Yuthanam Petchmoang.

Mereka dalam rondaan rutin setiap pagi untuk membersihkan jalan digunakan guru di Sai Buri apabila bom meletup. – AFP

Kategori