Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

2,764 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Jumlah kes baharu COVID-19 kini menunjukkan penurunan apabila sebanyak 2,764 kes...

Kejadian Tanah Runtuh Di...

KUANTAN – Satu kejadian tanah runtuh dilapor berlaku di Batu 51, Kuala Terla...

350 Cedera Letupan Di...

TAIPEI - Kebakaran di pentas muzik merebak kepada sekumpulan penonton konsert di sebuah...

Jutawan Meningkat, Lebih Kaya...

NAIROBI - Jumlah jutawan di dunia meningkat dua kali ganda sejak sedekad lalu...

4 Penjenayah Mati Ditembak Terlibat Kes Di Selangor

SHAH ALAM – Empat penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis di hadapan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) di Kuala Lumpur semalam dipercayai turut terlibat dalam kes samun di Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata berdasarkan statististik, sebanyak 30 kes termasuk yang melibatkan ahli perniagaan yang baru mengeluarkan wang dari bank direkodkan di negeri itu bagi tempoh awal 2016 sehingga hari ini.

“Jumlah kerugian bagi setiap kes dianggarkan antara RM30,000 ke RM200,000 dan mereka yang terlibat kebanyakannya adalah ahli perniagaan yang baru selesai mengeluarkan wang yang banyak dari bank.

“Berdasarkan modus operandi empat suspek yang ditembak mati semalam, kami yakin mereka turut bertanggungjawab dalam kes-kes yang berlaku di sini (Selangor), tetapi kami memerlukan sedikit masa untuk mengesahkan perkara ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor yang baharu, ACP Amarjit Singh Cher Singh menggantikan ACP Amran Ramli yang akan menjawat jawatan Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon II, Jabatan Siasatan jenayah Narkotik Bukit Aman.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 12.35 tengah hari semalam, empat penjenayah, tiga daripada mereka pemegang pasport Indonesia manakala seorang lagi berstatus Pemastautin Tetap berumur antara 37 hingga 49 tahun ditembak mati ketika sedang menyamun RM40,000 daripada seorang warga China yang ingin berurusan di ITBM.


Sementara itu, mengulas mengenai kejadian samun berparang di sebuah restoran di Taman Melawati, Ampang pada Sabtu lalu, Abu Samah berkata satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.

“Pasukan khas itu telah mendapat maklumat-maklumat baharu mengenai kejadian tetapi masih awal untuk saya ulas, saya bagi jaminan polis komited untuk menyelesaikan kes ini,” katanya

Dalam kejadian pada 9.30 malam itu, enam lelaki bersenjatakan parang dan memakai topi keledar meluru masuk ke premis berkenaan dengan mengacukan parang sebelum mengarahkan mangsa untuk menyerahkan barangan berharga.

Rakaman kejadian berdurasi satu minit dua saat itu telah tular di laman sosial Facebook dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. – BERNAMA

Kategori