Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Satu Mutasi Lebih...

PUTRAJAYA - Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap COVID-19 mendapati terdapat...

Cover Album Anatomi Faizal...

PENYANYI dan penghibur berbakat, Faizal Tahir menerusi laman Facebook dan Instagramnya memuat naik...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini,...

Mampu Daki Gunung Dengan...

PUTRAJAYA - Bayangkan perasaan seorang yang mempunyai fizikal sempurna kemudian berubah sekelip mata...

4 Pegawai Kanan TLDM Didakwa Tuduhan Pengubahan Wang Haram

IPOH – Empat pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) termasuk pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai lebih RM2 juta, antara 2014 dan 2015.

Pasangan suami isteri, Leftenan Rozlin Mustafa, 33, dan suaminya, Leftenan Komander Rizalman Ghazali, 36, menghadapi enam pertuduhan melibatkan wang RM604,207.10.

Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir, 37, menghadapi lima pertuduhan melibatkan RM1,425,500 serta Leftenan S. Kuvendran, 31, menghadapi lima pertuduhan membabitkan RM142,115.77.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Rozlin dituduh menerima RM30,011.44 dan RM200,000 masing-masing pada 15 Okt 2014 dan 2 Jan 2015 melalui akaun milik Hussin Roslim@Roslind, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, di Affin Bank cawangan Sitiawan, Taman Sitiawan 1, Jalan Lumut.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Rozlin dituduh menggunakan wang dari akaun Hussin yang berjumlah RM54,820 antara 15 Okt 2014 hingga 21 Feb 2015 di Affin Bank cawangan sama.

Rizalman pula didakwa menerima RM175,841.41 dan RM15,000 pada 15 Okt 2014 dan 26 Dis 2014 melalui akaun CIMB milik Norsuriawati Hassan di cawangan Seri Manjung, Taman Samudera, Seri Manjung, Manjung, juga hasil aktiviti haram.

Bagi pertuduhan ketiga, Rizalman didakwa menggunakan wang akaun CIMB Bank milik Norsuriawati bernilai RM128,534.25 antara 15 Okt 2014 hingga 11 Mac 2015.

Khairul Izwan pula menghadapi pertuduhan menerima RM200,000; RM500,000; RM200,000 dan RM500,000 pada 9, 12, 16 dan 27 Feb 2015 melalui akaun Affin Bank cawangan Sitiawan milik Khairul Azmie Alishopian, juga hasil aktiviti haram.

Bagi pertuduhan kelima, Khairul Izwan turut menghadapi pertuduhan menggunakan wang akaun Affin Bank cawangan sama milik Khairul Azmie RM25,500 antara 10 Feb hingga 7 Mac tahun ini.


Kuvendran pula didakwa menggunakan wang akaun CIMB cawangan Seri Manjung milik Nasir Abdullah bernilai RM37,143.80 antara 6 Sept 2014 hingga 8 Feb 2015 serta menerima RM22,000 pada 3 Okt 2014, hasil aktiviti haram.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Bagi tiga pertuduhan lain, Kuvendran didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu menerima wang RM68,471.97; RM10,000 dan RM4,500 pada 7 Jan, 15 Mei dan 3 Jun 2014, melalui akaun CIMB cawangan sama, milik Nasir.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed membenarkan Rozlin diikat jamin RM30,000; Rizalman (RM40,000); Khairul Izwan (RM150,000) manakala Kuvendran (RM31,000) dengan masing-masing seorang penjamin dan menetapkan 3 Dis sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, A. Hasiizh Abu Bakar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Norhasham Hasan.

Pada 8 Okt lepas Rozlin dan suami, Rizalman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah membabitkan nilai lebih RM500,000 berkaitan urusan pembekalan barangan ke TLDM, antara 2014 dan 2015 manakala Kuvendran menghadapi empat pertuduhan menerima suapan RM104,971.97. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori