Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Warga China Tak Mengaku...

GEORGETOWN - Seorang wanita warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas...

Anggota Polis Maut Kemalangan

KUALA LANGAT - Seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam...

Perbicaraan Kes Kassim Ahmad...

PUTRAJAYA - Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi menangguhkan kes perbicaraan bekas...

Duta Britain Ke Saudi...

MINA - Dalam kalangan 19,000 jemaah dari Britain berpeluang menunaikan ibadah fardu haji...

4 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 8 Pagi

KUALA LUMPUR – Empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat 8 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) kawasan terlibat ialah Muar, Johor (109), Bandaraya Melaka (106), Bukit Rambai (105) serta Nilai, Negeri Sembilan (104).

Bacaan IPU sederhana direkodkan di 26 kawasan manakala 20 kawasan lagi mencatat bacaan IPU baik.

Antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Seremban (92), Port Dickson (80), Samarahan (85), Kuching (78) dan Sri Aman (64).


Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori