Tuesday, April 23, 2024

Creating liberating content

Loji Sungai Semenyih Beroperasi...

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihentikan operasinya 8.30...

Institusi Kewangan Tutup 238...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah-langkah agresif untuk memerangi skim...

Bintang Porno Tawar Seks...

Sekiranya pemain bola sepak Rusia, Alexander Kokorin perlukan motivasi untuknya menjaringkan lebih banyak...

Polis Maghribi Rampas 241,319...

RABAT - Polis Maghribi pada Selasa telah merampas sejumlah 241,319 pil ekstasi (dadah...

4 Kapal LMS Dianggarkan Bernilai RM1 Billion

KUALA LUMPUR – Empat kapal misi pesisir (LMS) yang dibeli dari China bagi memenuhi keperluan semasa Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan bernilai RM1 bilion, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata kos bagi sebuah kapal LMS adalah tidak melebihi RM250 juta.

“Saya harap jawapan saya ini menghentikan spekulasi di luar sana oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai harga kapal LMS,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Hishammuddin berkata adalah mustahak bagi mengantikan kapal kelas Laksamana yang sudah usang dengan kapal-kapal LMS yang konsepnya sesuai bagi maksud dan kos yang lebih efektif.

Beliau optimis penglibatan kerjasama pembinaan kapal berkenaan oleh syarikat Boustead dari Malaysia dengan China Shipbuilding and Offshore International Corporation Limited akan menguntungkan kedua-dua pihak.


Telah dipersetujui, dua kapal LMS itu akan dibina di Malaysia, dan dua lagi di China.

Hishammuddin percaya peraturan ini akan membolehkan Boustead meningkatkan keupayannya dengan mempelajari teknologi lebih canggih. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori