Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Bas Terbabit Nahas...

KUALA LUMPUR - Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM 137.3,...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada skuad gimnastik...

Setiausaha Agung LDP Angkat...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Ir Yong Wui...

Tukang Urut & Tukang...

KUALA NERUS - Tukang urut, tukang masak, pelayan kedai makan dan buruh binaan...

4 Jam Selepas Sahur Waktu Sesuai Menderma Darah Bagi Yang Berpuasa

KANGAR – Umat Islam walaupun berpuasa, boleh menderma darah dan Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini memerlukan lebih ramai penderma bagi mengelakkan bekalan darah berkurangan sepanjang Ramadan dan cuti perayaan akan datang.

“Waktu yang sesuai untuk datang menderma darah bagi yang berpuasa ialah dalam tempoh empat jam selepas makan sahur, antara pukul 8 hingga 9 pagi,” menurut Ketua Jabatan Patologi HTF, Dr Liza Dat dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan bahawa orang ramai yang sihat tubuh badan, tiada masalah kesihatan dan berumur antara 18 hingga 60 tahun, digalakkan menderma darah dalam tempoh itu.

Sepanjang Ramadan, pusat Tabung Ddarah HTF turut dibuka pada sebelah malam bermula 8.30 hingga 11 malam pada setiap Selasa iaitu 7, 24, 21 dan 28 Jun depan.


Untuk operasi pada sebelah siang ia dibuka bermula 8 pagi hingga 5 petang dan rehat antara pukul 1 dan 2 petang setiap Isnin hingga Khamis.

Pada Jumaat pula, ia beroperasi pada 8 pagi hingga 5 petang, dan waktu rehat antara pukul 12.15 tengah hari dan 2.45 petang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori