Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelaksanaan Semula GST Perlu...

PUTRAJAYA - Kajian perlu dilaksanakan sebelum sistem percukaian, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tak Tertekan Duduki Peperiksaan...

IPOH - Dua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata mereka tidak menghadapi...

Mahathir Tolak Dakwaan Bajet...

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan pembangkang kononnya Belanjawan 2019...

Kertas Siasatan LGE Dikemukakan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan terhadap Ketua Menteri...

4 Cedera Parah Van Dinaiki Terbalik Di Lahad Datu

LAHAD DATU – Empat cedera parah apabila van dinaiki bersama tujuh individu lain terbabas sebelum terbalik di Kilometer 38 Ladang Sabahan, Jalan Lahad Datu-Tawau dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian 2.50 petang itu, mangsa cedera parah ialah yang tersepit dalam kenderaan berkenaan iaitu pemandu van Rozaimi Ahmad, 38; Nur Najwa Sumpurnan, 30; Laode Abdul, 50; serta Rosmah, 45.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata kejadian itu berlaku ketika van berkenaan dalam perjalanan dari Tawau ke Lahad Datu sebelum hilang kawalan di laluan selekoh dan terbabas di bahu jalan.

“Ketika itu hujan lebat dan van itu kemudian melanggar tiang telefon dan van berpusing sebanyak empat kali sebelum terbalik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya tujuh penumpang lain termasuk seorang anggota tentera lelaki dan kanak-kanak perempuan mengalami cedera ringan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Mohd Apandi Mahmood berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.54 petang sebelum beliau bersama sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 37 km dari balai bomba.


“Orang awam turut membantu mengeluarkan beberapa orang mangsa sebelum ketibaan jentera bomba, manakala empat yang tersepit dikeluarkan bomba,” katanya.

Operasi bantuan tamat pada pukul 4.12 petang. – BERNAMA

Kategori