Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Inilah Masjid Paling Sejuk...

SETIAP masjid terkenal di dunia mempunyai ciri khas yang tersendiri. Tetapi tahukah anda, terdapat...

Kanak-Kanak Lelaki Mangsa Dera...

KEPALA BATAS - Kanak-kanak lelaki yang sebelum ini koma selepas didakwa didera di...

Pakatan Rakyat Selangor Lumpuh...

KUALA LUMPUR - Mustahil untuk pakatan rakyat yang terbentuk hasil kerjasama diantara tiga...

Pindaan RUU 355 Tidak...

 KUALA LUMPUR - Cadangan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)...

4 Anggota Kumpulan Sivaraam Ditahan – Polis

KUALA LUMPUR – Polis memberkas empat anggota kumpulan Sivaraam yang dikehendaki termasuk ketuanya kerana disyaki terlibat dalam lebih 50 kes curi kenderaan di sekitar Lembah Klang sejak dua tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Mohd Rozi Jidin berkata kesemua mereka berumur antara 25 hingga 36 tahun ditahan Sabtu lepas di Plaza Tol Kuala Kangsar pada pukul 12 tengah hari, selepas hampir 12 jam diekori polis dari Ladang Baru Kuang, Selangor.

Beliau berkata ketika ditahan, kesemua suspek dalam perjalanan menghala utara Semenanjung menaiki dua lori yang ditinggalkan di Simpang Ipoh sebelum meneruskan perjalanan dengan sebuah kereta Toyota Camry yang mengekori mereka sejak awal lagi.

“Polis berjaya memintas mereka di (Plaza) Tol Kuala Kangsar, dan menahan mereka, selain merampas kereta Camry itu yang juga dipercayai dicuri dan menggunakan nombor pendaftaran palsu serta dua buah lori yang mereka tinggalkan di Simpang Ipoh,” katanya di sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas sebilah parang, sepana, kunci Allen, lesen memandu dan 72 kotak pewarna rambut, selain menambah bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


Mohd Rozi berkata berdasarkan siasatan kumpulan itu menjual komponen dan kenderaan yang dicuri di kawasan utara Semenanjung yang masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata polis sedang memburu dua lagi anggota kumpulan itu yang dikenali sebagai Desa Arun, 30-an dan Anand berumur 33 tahun.

Kata Mohd Rozi kumpulan Sivaraam merupakan saki baki kumpulan Mani yang ditumpaskan awal tahun ini oleh pasukan polis Kuala Lumpur. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori