38 Murid Cemas Bas Sekolah Terbakar

KULAI – Sebuah bas sekolah yang membawa 39 pelajar terbakar di Jalan Senai ke Desaru, berhampiran Tol Lebuhraya Senai-Desaru, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, semua pelajar sekolah dan pemandu berjaya menyelamatkan diri.

Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Mohd Fauzi Awang, berkata enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Mangsa yang terdiri daripada 38 orang murid sekolah itu terselamat daripada kejadian tersebut.

“Seramai 29 individu termasuk 20 murid lelaki, 18 murid perempuan dan seorang pemandu lelaki berjaya diselamatkan dari kebakaran itu,” katanya.

Katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Rakaman video berdurasi 19 saat membabitkan kebakaran bas sekolah berdekatan sebuah plaza tol di Senai, itu viral sejak pagi tadi. – BH Online

Loading...