Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Maaf… Hanya Lelaki Bujang...

WANITA yang baik peribadinya pasti mati-matian mahu mengelak daripada berbahagia di atas kesedihan...

Mayat Bayi Ditemui Dalam...

KUALA TERENGGANU - Mayat seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui terapung dalam...

Tindakan Pantas Pekerja Selamatkan...

KOTA SAMARAHAN - Tindakan pantas pekerja memadam api di sebuah pam telah menyelamatkan...

Lagi Foto Bekas PM...

BANGKOK – Beberapa lagi foto tersebar menunjukkan seorang wanita dikatakan bekas Perdana Menteri...

37 Pendatang Maut Bot Karam Di Perairan Libya

TRIPOLI – Sebuah bot membawa pendatang asing karam di perairan Mediterranean, dekat Libya, mengorbankan sekurang-kurangnya 37 orang, demikian menurut pegawai tempatan hari ini.

“Kami menerima laporkan pagi ini bahawa terdapat tujuh mayat pendatang haram dalam bot yang karam di pantai Khoms (timur Tripoli)…namun kami tidak mempunyai butiran berapa ramai pendatang dalam bot ketika kejadian,” kata Mohamad al-Misrati, jurucakap bagi Palang Merah di Tripoli.

Nelayan tempatan kemudian menemui 30 lagi mayat di kawasan sama di Khoms, sebuah pekan yang terletak 100 kilometer di timur ibu negara Tripoli.

Anggota sukarelawan dari Palang Merah cuba menyelamatkan mayat berkenaan namun masih kekurangan bot.

Khamis lalu, sebuah kapal yang sarat dengan pendatang haram yang dalam perjalanan dari Libya ke Itali, karam di perairan Zuwara, di Libya, yang mengorbankan lebih 200 orang.


Semakin ramai rakyat Libya melarikan diri menggunakan laluan laut untuk ke Eropah disebabkan konflik dalam negara dan ancaman kemiskinan.

Penyeludup manusia pula mengeksploitasi pelarian dengan menyeludup masuk warga Syria ke Libya menerusi Mesir atau warga negara Sahara menerusi Niger, Sudan dan Chad.

Menurut kumpulan hak asasi, pendatang dikatakan membayar ribuan dolar untuk melarikan diri menerusi laluan darat atau laut dengan penyeludup sering mendera dan memukul mereka untuk mendapatkan lebih banyak wang sebelum belayar menerusi bot. – Reuters

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori