Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Strategi MITI 10 Tahun...

KUALA LUMPUR - Strategi yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)...

Rakyat Malaysia Tak Boleh...

ENAM puluh sembilan peratus daripada rakyat Malaysia dilaporkan berkata mereka tidak dapat berhenti...

Penerbangan Ihsan Bantu Bayi...

KOTA BHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini melakukan penerbangan ihsan...

Kamera Shooting Hilang, A....

PENERBIT drama popular, Datuk A. Aida menawarkan sejumlah RM20,000 kepada sesiapa sahaja yang...

3,500 Usahawan Muda Mohon Geran IKC Sehingga Kini

PASIR SALAK – Kira-kira 3,500 permohonan usahawan tani bagi Geran In-Kind Contribution (IKC) diterima Unit Agropreneur Muda (UAM) dalam tempoh Januari sehingga hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata daripada jumlah tersebut, hampir 50 peratus daripadanya melibatkan permohonan daripada usahawan wanita dalam industri asas tani seperti pembuatan kek dan kuih-muih.

Katanya permohonan itu semakin bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya hasil inisiatif beberapa program yang telah kerajaan lakukan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2014.

Namun jelasnya kerajaan hanya memperuntukkan RM15 juta sahaja untuk membantu 1,000 usahawan pada tahun ini.

“Jika permohonan daripada usahawan muda semakin meningkat, kita akan mempertimbangkan untuk menambah kuota penerima atau jumlah geran,” katanya selepas majlis penyerahan Bantuan Geran IKC Program Agropreneur Muda kepada 451 penerima peringkat negeri Perak di Chenderong Balai dekat sini hari ini.

Seramai 5,223 Agropreneur Muda telah mendapat manfaat daripada program itu dengan jumlah bantuan sebanyak RM117.85 juta sejak pelaksanaan program dari 1 Jan 2014 sehingga 31 Dis tahun lepas.


Dalam pada itu bagi negeri Perak, Tajuddin berkata seramai 1,359 Agropreneur Muda telah menerima bantuan dengan jumlah RM24.1 juta untuk tempoh 2014 hingga 2017.

Daripada jumlah itu jelasnya seramai 1,131 Agropreneur Muda telah menerima bantuan dengan jumlah RM19.5 juta dari Januari hingga Disember tahun lepas.

“Bagi program hari ini, seramai 451 usahawan muda negeri ini yang layak pada tahun lepas menerima Geran IKC berjumlah RM7.37 juta daripada pelbagai bidang pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani. Kita harap mereka gunakan peluang ini sebaiknya,” katanya. – BERNAMA

Kategori