Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

87 Kemalangan Maut Direkod...

KUCHING - Tempoh tiga bulan pertama tahun 2017 menyaksikan 4,339 kemalangan jalan raya...

Brunei Nafi Sultan Hassanal...

BANDAR SERI BEGAWAN – Ia bukan sahaja tindakan biadab malahan dianggap sebagai amat...

6 Ditahan, Kereta Curi...

KUALA LUMPUR - Polis menahan enam suspek yang aktif dalam kegiatan jenayah pecah...

622 Pekerja Diberhentikan Di...

TAIPING Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perak telah mengeluarkan bayaran faedah interim Sistem Insurans...

34 Pati Warga Asing Ditahan Di Taman Ria, Sungai Petani

ALOR SETAR – Sebanyak 34 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Kedah atas pelbagai kesalahan menerusi ‘Ops Pintu’ di Taman Ria, Sungai Petani, awal pagi tadi.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata 20 lelaki dan 14 wanita berumur antara 20 dan 50 tahun ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.

Beliau berkata operasi tiga jam bermula 1 pagi itu disertai 15 pegawai Imigresen telah melakukan pemeriksaan di beberapa buah rumah yang menjadi tempat tinggal PATI berkenaan.

Katanya ketika serbuan, beberapa PATI cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah dan ada yang cuba bersembunyi di dalam almari pakaian bagi mengelak dicekup penguatkuasa Imigresen.


“Kesemua PATI yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63(pindaan 2002) kerana tiada dokumen dan tinggal lebih masa di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Yusri berkata PATI yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori