Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hospital Sungai Buloh Kembali...

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai...

Zaman Sopan Santun Berlalu,...

KUALA LUMPUR - "Zaman sopan santun serasanya telah lama berlalu. Untuk mengalahkan politik...

Teksi Boleh Bawa Penumpang...

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat...

Bas Persiaran Terbabas, 28...

IPOH - Seramai 21 pelancong asing, seorang pemandu bas dan seorang wanita tempatan...

34 Maut Akibat Banjir Di Ghana

ACCRA – Sekurang-kurangnya 34 maut dalam kejadian banjir yang melanda utara Ghana, susulan hujan lebat dan limpahan air dari empangan di Burkina Faso.

Empangan Bagre yang terletak di sungai White Volta di Burkina Faso, mengalir menuju ke Tasik Volta di selatan Ghana.

Pihak berkuasa melepaskan air di empangan itu setiap kali musim tengkujuh dan limpahannya sering mengakibatkan banjir di sepanjang laluan sungai terbabit.

Timbalan Ketua pertubuhan Pengurusan Bencana Kebangsaan Ghana, Seji Saji, berkata keadaan masih terkawal dan pihak sedang bertungkus lumus membantu penduduk yang terjejas.

Ramai orang dah mencuba #MaggiPedasGiler tetapi adakah anda yakin anda tahan makanan yang #PedasGiler ini? Kami cabar anda agar sertai #CabaranKontrolMacho ini dan buktikan kehebatan anda!

“Setakat ini, 34 kematian direkodkan dan dua lagi dilaporkan hilang. Lebih 52,000 penduduk terjejas dalam kejadian ini dan kami masih menilai keadaan dari masa ke semasa,” katanya.


Dalam pada itu, Presiden Ghana, Nana Akufo-Addo dan kerajaan pimpinannya dikritik hebat kerana tidak melawat mangsa banjir.

“Orang ramai mahu berjumpa dengan presiden, malah ingin presiden menenangkan mereka, selain memberi jaminan insiden ini tidak akan berlaku lagi,” kata pengurus kempen dan program, agensi bantuan Oxfam di Ghana, Zakaria Sulemana.

Bagaimanapun, Saji berkata, Naib Presiden, Mahamudu Bawumia bakal melawat mangsa banjir akhir minggu ini. – AFP/BH ONLINE

Kategori