Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tak Perlu Risau Bergaul...

NILAI - Masyarakat tidak perlu risau untuk bergaul dengan pesakit COVID-19 yang sudah...

Pelajar Korea Puji Pusat...

BAGAN DATUK – Sekumpulan pelajar dari Korea Selatan memuji usaha kerajaan Malaysia mewujudkan...

Ada Tujuh, Lapan Ahli...

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya tujuh atau lapan ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) bersedia...

Brazil Mahu Manfaatkan Status...

KUALA LUMPUR - Brazil berhasrat memanfaatkan kedudukan Malaysia sebagai hab halal untuk menembusi...

32,000 Tiket Final Piala FA Diperuntukan

SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) masing-masing mendapat peruntukan 32,000 tiket untuk penyokong mereka bagi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, 20 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP), Kevin Ramalingam berkata, pihaknya turut memperuntukkan sebanyak 750 tiket, masing-masing kepada kedua-dua pasukan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah bagi perlawanan itu.

“Baki 6,000 tiket dewasa dan 500 tiket kanak-kanak akan dijual secara dalam talian melalui laman sesawang www.tickethotline.com.my bermula Rabu ini pada pukul 10 pagi manakala penebusan tiket dalam talian boleh dibuat mulai tengah hari Khamis ini di Stadium Malawati, Shah Alam,” katanya.

Kevin berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala FA 2017 di sini, hari ini.

Harga tiket dewasa ditetapkan pada kadar RM50 sekeping manakala RM5 sekeping untuk kanak-kanak, katanya.

Beliau berkata penjualan tiket untuk penyokong kedua-dua pasukan iaitu di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan Stadium Darul Makmur, Kuantan akan bermula Khamis ini pada pukul 10 pagi dengan pembelian dihadkan kepada empat tiket untuk setiap penyokong.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat memberi amaran pihaknya tidak teragak-agak mengambil tegas terhadap mana-mana penyokong yang didapati terlibat dalam penjualan atau pembelian tiket palsu.

Beliau pada masa sama turut memaklumkan polis dengan kerjasama anggota keselamatan yang bertugas akan membuat pemantauan rapi di setiap pintu masuk bagi memastikan tiada bahan larangan seperti mercun dan suar dibawa masuk ke stadium.

Kedah mara ke final selepas menewaskan Terengganu dengan agregat 4-0 manakala Pahang pula menempah tiket mereka menerusi kemenangan agregat 3-1 ke atas Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir.

Skuad Lang Merah muncul juara Piala FA sebanyak tiga kali iaitu pada 1996, 2007 dan 2008 manakala Pahang merupakan juara pada 2006 dan 2014. – BERNAMA

Kategori