Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

5,000 Motosikal Berkuasa Tinggi...

KLANG - Sebanyak 5,000 motosikal berkuasa tinggi akan berhimpun di Shah Alam sempena...

Hospital Tidak Guna Semula...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menafikan laporan...

Agong Berangkat Hadiri Program...

KOTA BHARU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat menghadiri Program...

Penduduk Bukit Berlian Gusar...

MELAKA - Perasaan penduduk Kampung Bukit Berlian di Klebang sentiasa resah apabila hujan turun berterusan kerana kemungkinan akan berlaku banjir.Seorang guru Nabilah...

31 Warga Tempatan Didakwa Beri Pinjaman Tidak Wujud

MUAR – Tiga puluh satu ​​​​​​​warga tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menipu dengan memperdaya memberi pinjaman tidak wujud pada Jun dan Julai lepas.

Kesemua tertuduh berusia antara 17 dan 37 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Enam belas tertuduh – Tan Fong Mei, 23, Lee Yong Teck, 21, Lee Sau Zu, 21, Foo Liang Chen, 24, Kang Wee Hao, 24, Koh Chia Qing, 21, Lim Si Shi, 21, Wong Fei Sei, 19, Tng Zhi Hao, 29, Soh Jai Jie, 21, Tan Chee Wei, 21, Liew Johnan, 20, Chris Tan Li Na, 19, Brain Lim Kang, 19, Chua Jun Wei, 21, dan seorang tertuduh berusia 17 tahun menghadapi dua pertuduhan terhadap jenayah tersebut.

Mereka didakwa secara bersama-sama memperdaya dua lelaki masing-masing berusia 31 dan 24 tahun (setiap mangsa bagi satu pertuduhan) untuk mempercayai tertuduh akan memberi pinjaman wang sehingga mendorong dua lelaki itu menyerahkan wang masing-masing RM680 dan RM630.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Utama, Jalan Sakeh di sini, antara 15 Jun dan 18 Jun lepas.

Dalam satu pertuduhan berasingan, 15 tertuduh adalah Henry Madang Wong, 22, Ho Chee Hao, 21, Jonathan Ang Thien Hoe, 37, Tan Saey Khoo, 23, Yeoh Thiam Li, 23, Ng Chun Cik, 21, Goh Bok Guan, 25, Lee Cin Kok, 37, Wong Kong Yew, 28, Tan Wei Sean, 20, Koh Kai Soon,18, Lee Yao Ming, 30, Sua Yong Hui, 30, dan dua tertuduh berusia 17 tahun.

Kesemua tertuduh didakwa secara bersama-sama memperdaya seorang wanita berusia 39 tahun untuk mempercayai tertuduh akan memberi pinjaman wang sehingga mendorong wanita itu menyerahkan wang RM3,155.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Utama, Jalan Sakeh di sini antara 21 Julai dan 24 Julai lepas.


Mengikut tiga pertuduhan itu, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 120B (1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Amalina Basirah menetapkan 25 Sept ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi pertuduhan pertama dan ketiga; manakala jaminan RM4,000 untuk pertuduhan kedua, dengan dua penjamin bagi setiap tertuduh.

Mahkamah juga membenarkan jaminan terhadap tiga tertuduh bawah umur dengan setiap tertuduh dikenakan wang jaminan RM3,000 bagi pertuduhan pertama dan ketiga, manakala bagi pertuduhan kedua RM2,000, dengan ketiga-tiga mereka ibu bapa masing-masing sebagai penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rullizah Abdul Majid, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Chuay Shyue Chien. – BERNAMA

Kategori