31 Orang Maut, 35 Cedera Letupan Di Iraq

HILLA – Seorang pengebom nekad wanita membunuh sekurang-kurangnya 31 orang dan mencederakan 35 lagi di sebuah pasar yang sibuk di bandar Musayab, kira-kira 80 kilometer dari Baghdad, malam tadi.

Kumpulan militan Daesh mengakui menjadi dalang serangan berdarah itu dan satu lagi di stesen bas utama di Kerbala, di bahagian barat Musayab yang membunuh tiga orang dan mencederakan 15 lagi.

Seorang pegawai keselamatan berkata, pengebom di Musayab adalah seorang wanita tetapi kenyataan daripada Daesh menyebut kedua-dua pengebom di dua tempat berbeza itu adalah lelaki. – REUTERS/BH ONLINE

Loading...