Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Spritzer Sumbang Air Mineral

Kenyataan Media -Spritzer Malaysia Sumbang Air Mineral Kepada Keluarga Terjejas Dalam Bencana Banjir Di Kedah Dan Perak

Protes Tahan Rafizi: Polis...

KUALA LUMPUR - Polis memanggil beberapa pemimpin pembangkang yang terlibat dalam protes membantah...

PRU15 Peluang Terbaik Tamatkan...

SIBU - Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menawarkan peluang terbaik buat Gabungan Parti...

Tangkapan Ke Atas Perusuh...

KUALA LUMPUR - Tindakan menangkap perusuh yang terbabit dalam insiden rusuhan di kuil...

30 Tahun Tinggal Bersama Kambing Dalam Reban

PATTALLASSANG, Sulawesi Selatan: Seorang warga emas terpaksa tinggal dalam reban ayam bersama dua ekor kambing peliharaannya selepas dia “dibuang keluarga” sendiri.

Untuk memenuhi keperluan harian, Daeng Bollo, 75, menternak ayam sejak 10 tahun lalu apabila bantuan kerajaan tidak lagi diperolehnya.

Media tempatan melaporkan, setiap hari reban ayam seluas 2 x 3 meter itulah menjadi tempat Daeng Bollo berteduh.

Pada malam hari, kata media, Daeng Bollo tidur bersama ayam serta kambing peliharaannya.

Kata Daeng Bollo, reban ayam itu milik Awaluddin Rewa Daeng Siala.

“Sejak saya dibuang keluarga 30 tahun lalu, saya menumpang teduh di sini,” katanya.


Menurut penduduk setempat, mereka pernah beberapa kali menasihati Daeng Bollo supaya berpindah ke tempat lain.
Namun, cadangan itu ditolaknya.

Alasan Daeng Bollo – dia malu dan tidak mahu menyusahkan orang lain.

Ramai menawarkan diri menyediakan kediaman lain untuknya.

Dia juga tertanya-tanya mengapa bantuan bulanan daripada kerajaan terhenti sejak 2005.

“Entahlah. Jika mengikut syarat, semuanya sudah dipenuhi, tetapi masih belum nampak perubahan,” katanya. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori