Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Proton Kurangkan Harga Sehingga...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd mengumumkan harga baharu model terpilih kenderaannya yang...

Pengamal Media Sosial Harus...

KUALA LUMPUR - Pengamal media sosial harus bersikap ikhlas, inklusif dan berwibawa dalam...

NASA Siar Imej Malam...

WASHINGTON DC - Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menyiarkan imej terbaharu suasana...

Alat Kesan Asap Tandas...

PEMASANGAN alat pengesan asap di tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal...

30% Ruang Niaga Di Stesen MRT Sungai Buloh-Kajang Untuk Bumiputera

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) sedang membuka tawaran kepada mereka yang berminat berniaga di stesen-stesen MRT Sungai Buloh-Kajang.

Pengarah Komersail dan Pengurusan Tanah MRT Corp, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, mereka yang berminat diminta mengemukakan cadangan perniagaan untuk ruang niaga terbabit kepada pihaknya.

“Tempoh untuk penyerahan cadangan perniagaan dan tawaran ini bermula pada hari ini (semalam) dan akan berakhir pada 18 April 2016.

“MRT Corp berharap dapat menganugerahkan ruang niaga itu kepada penyewa yang berjaya pada akhir Jun 2016,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Haris berkata, tawaran pertama itu melibatkan sebanyak 41 unit niaga di 21 stesen-stesen bertingkat MRT Sungai Buloh-Kajang.

Jelasnya, MRT Corp akan membuka lebih banyak ruang niaga untuk disewa dalam tempoh terdekat.

Kata beliau, permohonan perlu dibuat dengan mengemukakan borang permohonan secara dalam talian.


Borang tersebut boleh didapati di laman sesawang MRT Corp dalam seksyen ‘Niaga’ di www.mymrt.com.my/my/section-corp-retail dalam Bahasa Malaysia dan www.mymrt.com.my/en/section-corp-retail dalam Bahasa Inggeris.

Beliau menjelaskan, MRT Corp mencari peniaga yang mempunyai idea perniagaan dan perkhidmatan yang menarik dan sesuai dengan perkhidmatan komuter.

“Perniagaan-perniagaan kecil dan tempatan digalakkan memohon. Saya menggesa peniaga Bumiputera mengambil peluang ini.

“Kami memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada unit untuk Bumiputera,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • MRT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori