Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Terpulang Bentang Semula RUU...

KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak menyerahkan kepada Kerajaan Pusat sama ada akan meneruskan...

SOP, Vaksin Senjata Ekonomi

PANDEMIK Covid-19 memberi impak sangat buruk kepada ekonomi. Ekonomi negara dan juga ekonomi...

Senat Kanada Undi Lulus...

SENAT Kanada mengundi untuk meluluskan penggunaan ganja semalam, sekaligus semakin hampir dalam menjadikannya...

Pesawat Gergasi Antonov An-225...

SEPANG - Malaysia sekali lagi bertuah kerana menjadi satu-satunya negara anggota ASEAN menyambut...

30 Rakyat Malaysia Sertai Program Tetamu Raja Saudi

KUALA LUMPUR – Seramai 30 rakyat Malaysia dipilih menyertai program Tetamu Raja Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan, berkata program itu bertujuan mengeratkan persaudaraan sesama muslim dan memanfaatkan pengalaman bersama masyarakat Islam dari seluruh dunia.

“Peserta berpeluang bertemu ribuan umat Islam yang menyertai program sama, selain mengenali dengan lebih lanjut mengenai budaya serta adat pelbagai negara.

“Penganjurannya juga selaras dengan pendirian Kerajaan Arab Saudi yang sentiasa mengambil berat dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah di tanah suci,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Tetamu Raja Arab Saudi 2018, anjuran Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, di sini, malam Isnin.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada peserta yang terpilih dan mendoakan dikurniakan haji mabrur.


Kumpulan itu akan berlepas ke Jeddah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Ogos dan berada di Madinah sehingga 27 Ogos.

Program yang dianjurkan sejak 1997 itu ditaja sepenuhnya oleh Raja Salman, membabitkan kos penginapan, tiket kapal terbang, makan minum serta program ziarah ke Makkah dan Madinah. – BERNAMA

Kategori