Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pekerja Dobi Maut Nahas...

MACHANG - Seorang pekerja kedai dobi warga Thailand maut selepas kenderaan pacuan empat...

Anwar ‘Dwistandard’ Pertikai Bayaran...

KENAPA Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba pertikai isu pelantikan dan bayaran...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kurangnya minat belian,...

Walau Disekat SKMM Web...

TIDAK dinafikan ramai pengguna Internet di Malaysia sememangnya kaki muat turun (download) pelbagai jenis movie,...

3 Warga Turki Yang Ditahan Akan Dihantar Pulang

PUTRAJAYA – Tiga warga Turki yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas, akan dihantar ke negara asal dan bukan negara lain walaupun ahli keluarga bimbang keselamatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menghantar pulang mereka ke negara asal.

“Kenapa kita mesti memberikan bebanan kepada negara lain? ( hantar mereka ke negara lain).

“Saya serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil langkah seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas permintaan Ayse Gul Karaman, 38, isteri kepada Turgay Karaman, seorang daripada warga Turki yang ditahan, agar suaminya tidak dihantar pulang ke negara asal kerana bimbang akan diseksa.

Pada minggu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis menahan dua lelaki warga Turki – Turgay Karaman, 43, dan Ihsan Aslan, 37 – kerana mengancam keselamatan negara. Sebelum itu, isteri mereka mendawa bahawa kedua-dua lelaki itu diculik.

Lelaki warga Turki ketiga ditahan polis pada 4 Mei di Pahang atas sebab serupa.


Ketiga-tiga lelaki itu kini ditahan untuk siasatan.

Mengenai status isteri dan anak-anak ketiga-tiga warga Turki berkenaan, Ahmad Zahid berkata rundingan dengan pejabat Kedutaan Turki akan diadakan bagi membolehkan mereka juga dihantar pulang ke negara asal.

“Jangan khuatir… kita juga ada perasaan kemanusiaan dalam perkara ini. Jika isteri dan anak-anak tidak bersalah, mereka tidak akan dihukum dan akan dihantar pulang ke negara asal,” katanya.

Ditanya sama ada mereka boleh memilih untuk terus berada di negara ini, Ahmad Zahid berkata ‘jika mereka layak mempunyai pas pemastautin contohnya atau visa kemasukan pelbagai, kami akan benarkan.” – BERNAMA

Kategori