Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Akta Kebebasan Maklumat Pastikan...

KUALA LUMPUR - Negara memerlukan Akta Kebebasan Maklumat untuk memastikan maklumat yang tersebar...

Polis Johor Jejak Suspek...

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kematian seorang kontraktor...

Puad Luah Berundur Sebagai...

25.4.2108... HARI TERAKHIR DI JASA Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di Jabatan Hal...

Sambut Aidilfitri Dengan Konsep...

KUALA LUMPUR - Sambutan Aidilfitri pada tahun ini perlu diraikan dengan penuh kesyukuran...

3 Suspek Kes Buli Jalan Raya Direman 4 Hari

KUCHING – Mahkamah Majistret di sini hari ini engeluarkan perintah reman terhadap tiga suspek yang terlibat dalam kejadian buli dan memukul seorang lelaki di Jalan Demak, di sini semalam.

Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kuching Bryan Brian Mason memerintahkan ketiga-tiga lelaki berusia 21 hingga 27 tahun itu ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Ketiga-tiga suspek ditahan pada 2 pagi ini selepas polis menerima laporan daripada seorang pengadu mendakwa dipukul selepas berlaku perselisihan faham antara mereka di Jalan Demak petang semalam.

Video aksi ganas dua suspek bertindak memukul pengadu telah menjadi viral di laman sosial Facebook.


Sementara itu, Pegawai Penyiasat kes berkenaan, Inspektor Wan Amir Wan Mohammad berkata ketiga-tiga suspek akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

“Polis juga yakin akan ada lagi tangkapan dibuat kerana ketika kejadian dipercayai ada beberapa suspek lagi selain mereka bertiga,” katanya ketika ditemui pemberita.

Katanya ketiga-tiga suspek mungkin didakwa di mahkamah Isnin depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori