Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syawal Di KL Sunyi:...

HANYA ada dua orang pelopor busking di Kuala Lumpur. Hamden Bolli, anak Sarawak memulakan...

Liga-M Diteruskan Tanpa Penonton...

KUALA LUMPUR - Perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan bermula pada...

Komander Polis Mati Ditembak...

MEXICO CITY – Seorang komander polis mati dalam satu insiden tembakan yang berlaku...

Mangsa Tsunami Aceh Tabah...

BANDA ACEH - Setiap kali tiba tanggal 26 Disember, penduduk wilayah Acheh seramai...

3 Rumah Kedai, 5 Kenderaan Musnah Terbakar Di Sandakan

SANDAKAN - Tiga rumah kedai dan lima kenderaan musnah dalam satu kebakaran di Tanah Merah, Jalan Batu Sapi dekat sini, hari ini.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi tadi dan 20 anggota bersama tiga jentera serta dua kenderaan utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, api dapat dikawal daripada merebak ke dua blok kedai berhampiran pada jam 3.04 pagi, bagaimanapun lima kereta yang diletakkan di hadapan kedai berkenaan turut terbakar.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kinabatangan, dua rumah kongsi pekerja Ladang Batu Putih turut musnah terbakar kira-kira jam 7 pagi hari ini.

Anddre berkata, sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.17 pagi.


Katanya, api terkawal pada jam 7.49 dan padam sepenuhnya pada jam 9.22 pagi.

Anddre berkata, punca kebakaran membabitkan dua kejadian itu masih dalam siasatan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori