Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ekonomi Tambah Baik Kerana...

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia bertambah baik disebabkan kesan positif daripada tadbir urus...

Individu Divaksin Di Luar...

KUALA LUMPUR - Individu sudah menerima dos lengkap di luar negara perlu melaporkan...

Sekarang Masa Terbaik Gencatan...

KUALA LUMPUR - Semua ahli politik disarankan supaya melakukan gencatan politik sebagai usaha...

Majikan Digesa Sedia Persekitaran...

KUALA LUMPUR - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) hari ini menggesa majikan...

3 Maut Dalam Kemalangan Membabitkan 5 Kenderaan

SEREMBAN – Tiga maut dan lima cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian 9.36 malam itu, pemandu kereta Mercedes Benz, L.Muthu, 63, dan pemandu kereta Wira Aeroback, Mohd Hafiz Shamsudin, 27, maut di tempat kejadian.

Sementara isteri Muthu, S. Duggamah, 58, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lima yang cedera ialah pemandu kereta Proton Persona Fazrul Anuar Sulaiman, 23, pemandu kereta Toyota Hilux A. Wiiliam Dass, 34, isterinya M. Shareenah, 35, dan anak mereka, WD. Daveena Isabel berumur setahun dan pemandu kereta Perodua Viva Khirul Izwan Md Yasin, 24.


“Akibat pelanggaran itu, Khirul Izwan mengalami sakit di bahagian dada, Fazrul Anuar pula mengalami luka di bahagian mata dan muka, Wiiliam Dass terseliuh kaki, Shareenah luka di mulut dan Daveena Isabel luka di tangan kanan,”, katanya dan menurutnya mereka dibawa ke HTJS untuk rawatan.

Katanya siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Muthu hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sisi kanan kereta dipandu Fazrul Anuar yang menyebabkannya berpusing dan mengakibatkan kemalangan dengan tiga lagi kereta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori