Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Operasi Pencarian Baki PATI...

KOTA TINGGI: Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) baki 16 pendatang asing tanpa izin...

Pemandu Rentung Kereta Rempuh...

Bandar Baharu - Seorang mangsa rentung selepas kereta dipandunya terbakar apabila terbabit kemalangan...

Letupan Gas: 15 Pelajar...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri...

Pemuda PAS Bidas Guan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan DAP kerana menggelar...

3 Maut, 3 Termasuk Bekas Menteri Hilang Di Nepal

KATHMANDU – Tiga maut dan tiga lagi termasuk bekas menteri dalam negeri dan menteri luar Madhav Ghimire dilaporkan hilang apabila kenderaan SUV yang mereka naiki terjunam 200 meter ke bawah dan tenggelam dalam sungai yang melimpah di Chitwan, pada malam hari Ahad.

3 Maut, 3 Termasuk Bekas Menteri Hilang Di Nepal
Madhav Ghimire

Insiden itu berlaku kira-kira 100 meter ke barat Kathmandu, kata para pegawai.

Ketua pentadbir Chitwan Binod Prakash Singh berkata mereka dalam perjalanan ke Kathmandu apabila kenderaan Scorpio SUV terjunam ke dalam Sungai Trisuli menyebabkan tiga maut.

Beliau berkata tiga orang lagi termasuk Ghimire hilang sementara pemandu kenderaan SUV itu berjaya diselamatkan.

Tujuh orang menaiki jep tersebut, kata superintenden polis Basant Kuwar.

Jep itu tenggelam dalam sungai dan harapan untuk menemui mangsa yang terselamat adalah tipis, kata Singh.


3 Maut, 3 Termasuk Bekas Menteri Hilang Di Nepal

“Bagaimanapun, usaha mencari sedang dijalankan dengan harapan ketiga-tiga mangsa mungkin terselamat,” kata beliau.

Menurut Singh, Ghimire memandu jep tersebut dan meminta pemandunya duduk di sebelahnya ketika insiden itu berlaku.

Ghimire pernah berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dan menteri luar pada 2013. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori