Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kumpulan Ibu Rusuh Bakar...

HARYANA (India) - Kumpulan ibu di sebuah kampung yang berang apabila lelaki dalam...

Guan Eng Saman Fitnah...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap blogger...

PRN Johor: UMNO Tidak...

JOHOR BAHRU: UMNO tidak menawarkan sebarang habuan kepada dua bekas Ahli Dewan Undangan...

“Saya Juga Dapat Jemputan...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan baginda juga...

3 Individu Direman 6 Hari Kes Kehilangan Kabel TM

SEREMBAN – Tiga individu direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan kabel milik Telekom Malaysia (TM) sejak dua tahun lepas.

Perintah reman itu diberikan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Nur Hayatie Mohd Saini berikutan permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan Mohd Khairi Abdul Karim, pagi ini.

Kesemua suspek yang merupakan pengarah syarikat, ahli perniagaan dan juruteknik masing-masing berumur 30 hingga 47 tahun ditahan di lokasi berbeza di negeri ini dan Johor, semalam.

Ahli perniagaan dan pengarah sebuah syarikat itu masing-masing ditahan di Bukit Intan dan pejabat SPRM negeri di Seremban pada kira-kira 11.40 pagi dan 5.30 petang manakala juruteknik terbabit ditahan SPRM Johor pada pukul 11 malam tadi.


Ketiga-tiga suspek disyaki bersubahat dengan kakitangan TM yang menerima rasuah berjumlah RM4,250 untuk membawa keluar ‘drop fibre’ berjenama Lite Kabel milik TM dan dijual di pasaran antara tahun 2016 dan Mac 2017.

Kesemua suspek hadir ke mahkamah di sini memakai baju lokap SPRM pada kira-kira 10.22 pagi menaiki kenderaan agensi itu. – BERNAMA

Kategori