Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengasas Sugarbook Direman 7...

SHAH ALAM - Pengasas Sugarbook direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu...

Ugutan Bunuh Ismail Sabri:...

KUANTAN - Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis...

ATM Siap Siaga Ugutan...

KUALA LUMPUR- Angkatan Tentera Malaysia meningkatkan tahap kesiapsiagaan, antaranya menumpukan kepada ancaman siber...

Sistem Kesihatan Primer Berdaya...

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 memberi iktibar penting supaya persediaan, pencegahan, pengesanan dan...

3 Bot Nelayan Vietnam Ditahan, Rampasan cecah RM4.5 Juta

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu berjaya menahan tiga bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara, Ahad lalu.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kejadian itu berlaku di tiga lokasi berbeza iaitu antara 106 batu nautika hingga 116 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, 4.15 petang hingga 7.28 malam.

Katanya, turut ditahan 40 awak-awak termasuk tekong yang berusia 17 hingga 48 tahun yang sebahagiannya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“APMM merampas hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot dan peralatan menangkap ikan yang bernilai RM4.5 juta. Ketiga-tiga bot tersebut ditahan oleh kapal Maritim KM Segantang yang sedang melakukan rondaan Ops Iman,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Maritim Negeri Terengganu hari ini.

Muhammad Suffi berkata kesemua bot berkenaan dibawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1) (a) 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran yang sah.


“Salah sebuah bot cuba mengelirukan APMM dengan memalsukan dokumen menggunakan nombor pendaftaran bot tempatan dan KM Segantang terpaksa mengejar bot tersebut selepas enggan memberi kerjasama apabila diarahkan berhenti,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Suffi berkata sejak Januari hingga hari ini sebanyak 122 kes pencerobohan nelayan Vietnam direkodkan berlaku di perairan pantai timur dan Terengganu mencatat jumlah tertinggi iaitu 63 kes, Pahang sebanyak 34 kes dan Kelantan sebanyak 25 kes. – BERNAMA

Kategori