Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Jamin Kekalkan Nama...

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan nama Malaysia Airlines akan terus dikekalkan sekiranya...

Nazri Aziz Minta Maaf...

TINDAKAN diambil Tunku Mahkota Johor, Sultan Ismail yang tidak mahu memanjangkan isu pertelingkahan baginda...

Jumlah Pengundi Cecah 22.5...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan pendaftaran automatik sebagai pengundi untuk rakyat...

KJ Gagal Jadi Pejuang...

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) hari ini mengeluarkan kenyataan mendakwa Menteri Belia dan...

3 Anggota Polis Diarah Bela Diri Tuduhan Culik Datuk

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan tiga anggota polis membela diri atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ empat tahun lepas.

Hakim Shamsudin Abdullah membuat keputusan itu terhadap Inspektor Mohd Khairul Hafiz Yaacob, 37, Lans Koperal Azlan Abdul Kadir, 37 dan Koperal Amran Md Sali, 41, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 30 Jan dan 27 Feb depan bagi kesemua tertuduh untuk membela diri.

Kesemua tertuduh didakwa melarikan dengan paksa K. Gopala Guru, 48, dengan niat mahu menyebabkan orang itu dikurung dengan secara sulit dan salah di Jalan Maharajalela, Off Jalan Loke Yew di sini antara 7 dan 7.30 malam, 2 Feb 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz manakala kesemua itu diwakili peguam Mohd Farid Aziz dan Ridha Abdah Subri,

Sebanyak 20 saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu sejak tahun lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • culik

Kategori