Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Cina Yakin Dengan...

KULIM - MCA optimis Kampung Baru di sini mampu menjadi kubu terbaik buat...

Rakyat S’pura Pakat Separuh...

SINGAPURA – Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah...

Penyanyi Nasyid Akan Didakwa...

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi nasyid yang juga komposer terkenal yang ditahan kerana menanam...

TH Lapor Polis Kes...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membuat dua laporan polis...

3 Anggota Polis Cedera Peronda Bertembung Alza

KUANTAN – Tiga anggota polis yang baru selesai melakukan rondaan cegah jenayah cedera selepas kereta peronda mereka bertembung dengan sebuah kereta Perodua Alza dalam kemalangan di Kilometer 134.8 Jalan Kuantan-Segamat, Rompin dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata seorang daripada anggota polis itu, Paskhalid Osman, 51, yang duduk di bahagian penumpang hadapan dilaporkan parah dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan rapi.

Dua lagi anggota, Azmi Mohamad, 28, yang memandu kereta peronda jenis Proton Wira itu dirawat di Hospital Muadzam Shah dekat sini, manakala Muhammad Husaini Hassan, 25, hanya menerima rawatan pesakit luar.

Sementara pemandu Perodua itu, Nur Farhana Mohd Khalid, 23, bekerja di bahagian pentadbiran operasi terminal dan beralamat di Pasir Gudang, Johor hanya mengalami cedera ringan.

“Kemalangan berlaku pada 6.30 pagi dipercayai berpunca apabila kereta Perodua Alza dalam perjalanan dari Segamat ke Kuantan cuba untuk memotong sebuah lori di laluan sama, namun tidak sempat untuk masuk ke laluannya semula,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Katanya keadaan itu menyebabkan kereta Perodua Alza berkenaan bertembung dengan kereta polis dipercayai dalam perjalanan pulang ke balai selepas melakukan tugasan rondaan cegah jenayah.

Muhammad Aidil berkata kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori