Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Lemah 4.5...

PETALING JAYA - Satu gempa bumi kedua berukuran 4.5 magnitud berlaku dekat daerah...

Lisa Tidak Tolak Kemungkinan...

PELAKON Lisa Surihani atau nama sebenarnya Lisa Surihani binti Mohamed, 30, mengakui hidupnya...

Biar Nyamuk Aedes Biak,...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat pembinaan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini...

Skuad Gimnastik Artistik Hantar...

PELUANG skuad gimnastik artistik wanita negara untuk mempertahankan empat pingat emas menjelang temasya...

Tiga Anak Usia 12 Hingga 15 Tahun Tak Berkhatan Kerana Miskin

SKUDAI – Akibat kesempitan wang, tiga beradik lelaki dari Jalan Jebat 26, Taman Sri Skudai, di sini, masih belum berkhatan walaupun usia mereka sudah mencecah 12 hingga 15 tahun.

Ibunya, Siti Farzilah Mohd Yatim, 34 berkata, anak sulungnya berusia 15 tahun itu juga terpaksa berhenti dari sekolah dan bekerja sebagai pembantu restoran bagi membantunya menampung sembilan lagi adik yang lain.

“Bila melihat kehidupan sukar yang dialami anak-anak menyebabkan saya berasa amat sayu dan dia sendiri sudah tentu berasa malu kerana sehingga kini masih belum bersunat kerana saya tidak mampu menanggung kos yang mencecah RM200 seorang.

“Anak sulung sudah berhenti bersekolah sejak enam bulan lalu dan bekerja sebagai pembantu restoran,” katanya.

Ibu kepada 10 anak itu berkata, keadaan mereka sekeluarga mula terhimpit apabila suaminya jarang pulang ke rumah dan tidak memberi nafkah sejak akhir tahun lalu.

Katanya, mereka kini terpaksa menumpang dan bergantung harap kepada ibunya, Sabariah Daud, 60.

“Saya tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga anak-anak yang masih kecil berusia antara tujuh bulan sehingga 15 tahun.

“Beban kewangan ini menyebabkan anak-anak saya terpaksa berjalan kaki untuk ke sekolah lebih 10 kilometer dari sini kerana sudah empat bulan tambang bas sekolah tertunggak sebanyak RM150 sebulan,” katanya.


Siti Farzilah berharap dapat mengikuti kelas latihan kemahiran untuk berniaga bagi menampung keperluannya sekeluarga, namun tidak berpeluang kerana tidak mempunyai peralatan dan modal.

“Sejak dulu saya ingin bekerja tapi keadaan anak-anak yang masih kecil dan perlu membayar upah penjaga menyebabkan saya tidak dapat bekerja.

“Saya berharap dapat menjalankan perniagaan dari rumah sebagai pendapatan kerana kami tidak ada menerima sebarang bantuan selain bantuan yang pernah diterima suami sebanyak RM200 dari baitulmal,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi A Malik berkata, pihaknya akan membantu keluarga berkenaan menyelesaikan urusan berkhatan tiga anak Siti Farzilah dan melangsaikan tunggakan tambang bas sekolah.

“Bantuan disalurkan menerusi dana Tabung Sayangi Gelang Patah. Selain itu kita turut memberikan bantuan barangan keperluan dapur.

“Kita juga akan mengetengahkan kes keluarga ini kepada Jabatan Agama Islam Johor dan memohon bantuan sekiranya layak,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori