Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PAN Gelar Azmin Badut,...

IBARAT hukum karma, tentu ramai masih ingat bagaimana geng Azmin Ali 'serang' Tan...

Dewan Rakyat: Akaun III...

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang melaksanakan lagi pengeluaran bersasar dana Kumpulan Wang...

Video Bogel Mirip Aiman...

“SAYA tidak tahu apa motifnya. Setahu saya, saya tak bermusuh dengan sesiapa. Tak...

Piala Malaysia: UMNO Kedah...

ALOR SETAR - Pemuda UMNO Kedah melalui program 'Bangkit Bersama Kedah Juara' akan...

276,753 Individu Diisytihar Bankrap Bagi 2011-2015

PUTRAJAYA – Sebanyak 276,753 individu diisytihar bankrap dari 2011 sehingga Disember 2015 membabitkan seawal usia 25 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata 46,019 individu muflis telah mendapat pelepasan dan pembatalan bankrap melalui mahkamah bagi tempoh yang sama.

Katanya antara punca utama yang menyebabkan kes bankrap termasuk gagal menjelaskan bayaran sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, kad kredit dan pinjaman perniagaan.

“Peningkatan kes bukanlah secara tahunan tetapi berasaskan kes terkumpul. Bagaimanapun, kes bankrap individu menurun sebanyak 22,351 bagi 2014 berbanding 18,457 bagi 2015,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan sistem e-Insolvensi di sini hari ini.

e-Insolvensi merupakan satu portal perkhidmatan yang dibangunkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl), dengan tujuan menyediakan perkhidmatan carian status kebankrapan individu dan penggulungan syarikat, serta pembayaran dalam talian.

Melalui portal e-Insolvensi, Nancy berkata sistem pembayaran secara dalam talian yang mula beroperasi Mei tahun lalu, turut memperkenalkan kaedah pembayaran melalui JomPAY dan Interbank Giro bersama 13 buah bank.

“Sehingga Disember tahun lalu, lebih 20,000 pelanggan telah menggunakan kedua-dua medium ini dan Mdl telah menerima bayaran RM567,000. Cara pembayaran ini akan mempercepatkan proses pengemas kini lejar bankrap berbanding dengan secara manual yang memakan masa,” katanya.


Menurutnya , melalui kaedah itu, Mdl dijangka dapat mengurangkan sehingga 80 peratus daripada keseluruhan jumlah bayaran menggunakan 163,000 cek setahun.

Dalam perkembangan lain, Nancy berkata beliau telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) semalam, dan telah berbincang mengenai definisi rogol yang perlu diperluaskan.

“Jabatan Peguam telah mengemukakan cadangan untuk meminda undang-undang seksual, contohnya memasukkan perkataan ‘objek’ dalam rang undang-undang berikutan kes rogol di Sibu.

“Tetapi, kita masih menanti keputusan Mahkamah Rayuan kes itu (seorang tertuduh kes rogol bawah umur, menggunakan penetrasi jari dan benda asing).

Ini adalah kerana buat masa ini, penggunaan jari bukanlah sebahagian daripada definisi rogol,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori