Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Mek Tuntung Terima Anugerah...

KEMAMAN - Usaha gigih dan penat lelah seorang penyelidik, Dr Chen Pelf Nyok...

TMJ Cadang MB Pakai...

JOHOR BAHRU : Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hairan kasut kulit...

Balak Bernilai RM5,000 Dirampas...

ALOR SETAR - Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) menahan seorang lelaki kerana disyaki...

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung...

GUA MUSANG: Lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini...

2,500 Anggota Tentera Siap Siaga Hadapi Banjir Di Kelantan

PASIR MAS – Kira-kira 2,500 pegawai dan anggota tentera dari Markas 8Briged Infantri kini bersiap siaga untuk menghadapi banjir pada tahun ini.

Panglima 8Briged Infantri Brig Jen Zarondin Md Amin berkata seramai 464 pegawai dan anggota kini ditugaskan dalam fasa pertama iaitu prabanjir di 10 jajahan di Kelantan ketika ini.

“464 pegawai dan anggota ini telah diatur gerak sejak 25 Nov lepas di lima jajahan utama sering dilanda banjir iaitu Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Sementara menunggu banjir tiba, pegawai dan anggota ini akan mengadakan tinjauan dan hubungan rapat dengan penduduk di lima jajahan terbabit bagi memantau perkembangan terkini keadaan banjir di sana,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan banjir di Mukim Bukit Lata, Rantau Panjang di sini, hari ini.

Mukim Bukit Lata mula dilanda banjir “termenung” sejak Jumaat lepas kerana limpahan air Sungai Golok yang menyebabkan kira-kira 900 penduduk di enam kampung terputus hubungan kerana air naik sehingga kira-kira 2 meter.

Enam kampung terbabit adalah Lanchang, Jejawi, Binjai, Bonggor, Banggol Nyiur dan Kelewar.

Mengulas lanjut, Zarondin berkata bagi fasa kedua dan ketiga iaitu banjir dan pasca banjir pula, seramai 1,000 anggota bagi setiap fasa akan dikerahkan bagi membantu mangsa banjir dalam pelbagai aspek merangkumi pemindahan, perubatan dan logistik.


“Kita mempunyai sebanyak 41 bot untuk urusan pemindahan dan penyelamatan mangsa banjir dan sekiranya ada kawasan terjejas teruk kita akan buka ‘hospital depan’ untuk bantuan perubatan di kawasan berkenaan.

“Selain itu, kita juga telah mendirikan stesen radio di Bukit Bakar dan Bukit Lakit di Machang bagi mengelak gangguan komunikasi berlaku,” katanya.

Ditanya mengenai kawalan sempadan, beliau berkata seramai 565 pegawai dan anggota telah dikerahkan mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan yang bermula dari jajahan Jeli sehingga ke Tumpat.

“Mereka lebih tertumpu kepada aktiviti penyeludupan dan kawalan keselamatan sempadan tetapi jika bantuan perlu dihulurkan kepada penduduk berhampiran yang terjejas banjir, mereka akan laksanakan juga.

“Pasukan ini juga mempunyai aset-aset tersendiri untuk mengawal keselamatan negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori