Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Hero Sebenar.. Selamatkan...

VIDEO memaparkan seorang lelaki tua yang sedang berjalan di sepanjang platform menunggu komuter,...

Majlis Kahwin Serba Ringkas...

SIAPA kata mahu melangsungkan sesebuah majlis perkahwinan wajib memerlukan sejumlah peruntukan yang besar? Pembaca...

Rentung Dalam Kebakaran Di...

KUCHING - Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Batu...

Lelaki Rompak Wanita OKU...

Kota Bharu - Seorang lelaki tergamak merompak barang kemas milik seorang wanita orang...

250 Pelajar Orang Asli Di Perak Dilatih Jadi Imam, Bilal

IPOH – Seramai 250 belia Orang Asli dilatih untuk menjadi imam dan bilal di negeri ini menerusi Kursus Insentif Imam dan Bilal yang dilaksanakan di Pusat Kegiatan Dakwah di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata kursus itu merangkumi latihan secara praktikal bacaan solat serta menghafaz terutamanya bacaan al-Quran.

Katanya seramai 339 pelajar Orang Asli menikmati pendidikan arus perdana dan pendidikan Islam di sekolah menengah agama yang didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Pusat Peperiksaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.

“Bagi menyemarakkan usaha pendidikan agama, pelbagai program dan kursus telah berjaya dilaksanakan kepada masyarakat Orang Asli antaranya Program Kefahaman Islam, Program Ihya’ Ramadan serta Bengkel Pengurusan Jenazah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohd Zolkafly Harun (BN-Lintang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Nizar berkata JAIPk dengan kerjasama JPN Perak melaksanakan program pendidikan Islam Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Bersih, Ulu Slim; SK Pos Kemar dan SK Pos Banun di Gerik.


“Kerajaan negeri sentiasa membantu masyarakat Orang Asli yang layak untuk melanjutkan pengajian Islam ke peringkat yang lebih tinggi seperti Sijil 4 Thanawi, Sijil Pengajian Islam, Diploma Pendidikan Islam serta Ijazah Pengajian Islam.

“Antara institusi pendidikan tinggi dan pusat pengajian tinggi Islam ialah Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar; Kolej Universiti Islam Perlis; Kolej Darul Hikmah, Selangor dan Institut Dakwah Islamiah Perkim, Kelantan,” katanya. – BERNAMA

Kategori