Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Tolak Ikat Jamin...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi menolak permohonan balu ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle...

Pengaruh Drama Korea Antara...

KUALA LUMPUR - Pengaruh drama Korea (K-Drama) menjadi salah satu faktor kecenderungan bunuh...

Singapura Nafi Kentut Kambing...

SINGAPURA - Singapore Airlines (SIA) mengesahkan sebuah pesawat kargo miliknya terpaksa mendarat cemas...

Isteri Terkilan Dimadukan Dengan...

TULAR menerusi laman sosial mengenai kisah seorang wanita meluahkan rasa terkilan selepas mengetahui...

25 Saman Dikeluarkan Dalam Op Mabuk

SEREMBAN – Polis mengeluarkan 25 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Mabuk di KM 8.5 Jalan Seremban, berhadapan Balai Polis Lukut, Port Dickson, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Zainudin Ahmad berkata operasi selama tiga jam yang bermula pukul 11 malam itu bertujuan mencegah pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol, pencegahan jenayah, pencegahan samseng jalanan selain mengesan pelbagai kesalahan.

Operasi itu disertai dua pegawai dan enam anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, katanya.

“Sebanyak 52 kenderaan dan individu diperiksa termasuk pemeriksaan melalui ujian pernafasan dalam operasi ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 25 saman dikeluarkan iaitu tidak mempunyai lesen memandu (lapan), tidak memakai tali pinggang keledar (tiga), tiada cermin sisi (empat), lampu brek ketiga tidak berfungsi (tujuh) dan lain-lain kesalahan (tiga), ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Katanya dalam operasi itu, pihaknya tidak mengesan pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol. – BERNAMA

Kategori