Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hormati Sensitiviti Sebelum Keluarkan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Solat Sunat, Perbanyakkan Doa...

GEORGETOWN - Gerhana bulan dan matahari tidak mempunyai kaitan dengan kematian atau kehidupan...

Beberapa Jalan Utama Ditutup...

KOTA BHARU - Beberapa jalan utama ke pusat bandar Kota Baharu akan ditutup...

Shila Amzah Tak Boleh...

Semua tahu yang kini Shila Amzah memang satu nama besar di tanah besar...

25 PATI Ditahan Di Butterworth

BUTTERWORTH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Ikrar Mega 3.0 yang dijalankan di sekitar kawasan hentian bas Butterworth di Pengkalan Sultan Abdul Halim di sini, semalam.

Pengarahnya Meor Hezbullah Meor Abdul Malik berkata dalam operasi lima jam bermula 9 pagi, mereka yang ditahan berusia 23 hingga 45 tahun bekerja dalam pelbagai sektor di negeri ini atas pelbagai kesalahan seperti tinggal lebih masa dan menyalah guna pas lawatan sosial.

“Semasa operasi itu ada warga asing yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa kami namun mereka berjaya ditahan berikutan pihak imigresen terlebih dahulu mengepung kawasan berkenaan,”katanya di sini, hari ini.

Meor Hezbullah berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki Bangladesh, enam lelaki dan seorang wanita warga Myanmar, masing-masing tiga lelaki India dan Indonesia serta seorang lelaki Pakistan.

Katanya Ops Ikrar Mega 3.0 dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang itu diadakan berikutan berakhirnya peluang PATI untuk berada di negara ini setelah tamat Program Penghantaran Pulang PATI Secara Sukarela (3+1) yang diperkenalkan sejak 2014. – BERNAMA

Kategori