24 Tentera Dibunuh Di Somalia

MOGADISHU – Sekurang-kurangnya 24 terbunuh ketika pertempuran antara tentera kerajaan, kumpulan al Shabaab dan pasukan pengaman Misi Kesatuan Afrika Somalia (AMISOM), kata pegawai wilayah.

Kolonel Hassan Mohamed berkata, kumpulan militan al-Shabaab menyerang hendap kenderaan konvoi membawa anggota AMISOM awal pagi semalam di Bulamareer, wilayah Lower Shabelle, kira-kira 140 kilometer di barat daya Mogadishu.

Timbalan Gabenor Lower Shabelle Ali Nur berkata, mereka membawa keluar 23 anggota AMISOM dan satu mayat tentera kerajaan daripada kawasan pertempuran yang diserang hendap al-Shabaab.

Sementara itu, jurucakap operasi ketenteraan kumpulan al Shabaab, Abdiasis Abu Musab, berkata mereka menawan 39 mayat tentera AMISOM termasuk komander.

Angka sebenar kematian tidak dapat disahkan kerana kedua-dua pihak tidak memberi bilangan sama.

Al Shabaab mahu mengusir pasukan AMISOM dari Somalia dengan hasrat menggulingkan kerajaan yang menyokong Barat dan menghidupkan pengaruh Islam di negara itu. – Reuters/BH ONLINE

Loading...