Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

KLCC Berkilauan Cahaya Biru...

KUALA LUMPUR - Struktur ikonik Malaysia, Menara Berkembar Petronas menyertai mercu tanda lain...

Malaysia Jadi Tumpuan Kerana...

MALAYSIA terus menjadi tumpuan dalam isu pembelaan Palestin ekoran pembunuhan jurutera Fadi al-Batsh...

Menyamar Muslim, Pengemis Raih...

SIAPA sangka, dalam masa sebulan seorang pengemis wanita mampu memperoleh pendapatan lumayan mencecah sehingga...

Kit Siang Beri Keterangan...

PUTRAJAYA - Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini memberi keterangan kepada Pasukan...

24 Individu Ditahan Dalam Op Cantas Khas

ALOR SETAR – Polis menahan 24 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dalam ‘Op Cantas Khas’ yang dijalankan di seluruh negeri ini dalam tempoh 24 jam bermula Rabu hingga semalam (Khamis).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata operasi itu dilakukan menerusi serbuan di rumah suspek terlibat dan juga sekatan jalan raya.

“Seramai lapan individu ditahan atas kesalahan samun, kes harta benda termasuk pecah rumah (10 individu), gaduh (dua individu), seorang disyaki terlibat kes rogol dan tiga lagi lain-lain kesalahan seperti curi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata semua yang ditahan berumur antara 20-an dan 40-an.

Polis turut merampas rangka motosikal, telefon bimbit dan mesin canai berkaitan pelbagai kesalahan jenayah antaranya curi, pecah masuk rumah dan ceroboh.


Katanya pihak polis akan meneruskan operasi itu bagi membawa penjenayah dikehendaki ke muka pengadilan, selain mewujudkan persekitaran selamat dalam masyarakat. – BERNAMA

Kategori