Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BN Sedia Berdepan Siapa...

KEPALA BATAS - Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja pada pilihan raya umum...

Hashtag ‘Israel Terbakar’ Trending...

HASHTAG 'Israelburning'  (Israel terbakar) telah menduduki tangga teratas media sosial khususnya laman Twitter dalam...

Lafaz ‘Hayya Alassolah’ Di...

KUALA LUMPUR - Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lafaz ‘hayya ‘alassolah' (marilah bersembahyang) sewaktu...

16 MoU Perniagaan Dijangka...

KUCHING – Sebanyak 16 Memorandum Persefahaman (MoU) perniagaan akan ditandatangani semasa berlangsungnya Forum...

2,320 Mangsa Banjir Di PPS Setakat 8 Pagi

KUCHING – Sebanyak 2,320 mangsa daripada 624 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara di negeri ini setakat 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata mangsa banjir ditempatkan di 20 pusat pemindahan di Kuching, Samarahan, Serian, Mukah dan Bintulu.

“240 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Kuching, 1,154 mangsa di lapan pusat pemindahan di Samarahan dan 562 mangsa di lima pusat pemindahan di Serian.

“Selain itu, 187 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Mukah dan 177 mangsa berada di sebuah pusat pemindahan di Bintulu,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

Sementara itu beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melaporkan terdapat sekolah yang terjejas akibat banjir menyaksikan enam sekolah ditutup manakala empat sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara.


“Enam sekolah yang ditutup ialah tiga sekolah di Dalat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Klid/ Plajau, SK St John Kg Medong (M) serta Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Hua, SK Nanga, Selangau, SK Kuala Kenyana, Mukah dan SK Tanjung Pisang Selangking, Simunjan. Jumlah pelajar di enam sekolah tersebut ialah 940 murid.

“Empat sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Tabuan Jaya, Kuching; serta tiga sekolah di Samarahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan, SK Mang dan SK Haji Kelali Semera,” katanya. – BERNAMA

Kategori