Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Terpaksa Lupakan...

MELAKA - Masyarakat Cina yang terjejas oleh bencana banjir di sini terpaksa melupakan...

Tunjuk Perasaan Di Hong...

HONG KONG - Penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong terus mencetuskan kekecohan termasuk...

Teliti Data Sebelum Benar...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti data teknikal serta klinikal berkaitan...

Pasukan Inovatif Jiran Muda...

MELAKA - Pasukan Inovatif Jiran Muda diperkenalkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional...

23 Remaja Sedang Berparti Maut Dirempuh Kereta

MAPUTO – Sekurang-kurangnya 23 orang maut manakala kira-kira 30 lagi cedera pada Ahad apabila sebuah kereta merempuh sekumpulan remaja yang sedang berparti di Nombor 4 Jalan Nasional berhampiran wilayah Luis Cabral di Maputo, ibu kota Mozambique.

Menurut polis, 21 orang maut di tempat kejadian manakala dua lagi di Hospital Pusat Maputo.

“Ini mungkin adalah nahas jalan raya paling dahsyat yang disebabkan oleh sebuah kenderaan ringan di negara ini. Terdapat hampir 50 mangsa,” kata Ketua Bahagian Operasi Trafik, Paulo Langa, kepada pemberita.

Langa berkata kereta terbabit musnah sepenuhnya apabila ia merempuh beberapa halangan sebelum berhenti di antara beberapa tiang sebuah jambatan pejalan kaki.

Pegawai polis itu berkata punca nahas buat masa ini adalah hipotetikal namun beberapa saksi memaklumkan bahawa pemandu kereta terbabit cuba melarikan diri selepas satu pergaduhan di sebuah bar berhampiran.


Difahamkan juga bahawa pemandu itu, yang maut bersama penumpang kereta terbabit di tempat kejadian, telah memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kebanyakan mangsa adalah golongan remaja penduduk setempat di kejiranan Luis Cabral yang terletak di pinggir bandar Maputo,” kata Langa. – BERNAMA

Kategori