Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kukuh Kerjasama Malaysia, UK...

PUTRAJAYA - Malaysia dan United Kingdom berminat untuk mengukuhkan lagi kerjasama untuk memerangi...

250 Laporan Peserta Perhimpunan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menerima sebanyak 250 laporan...

Serangan Tembakan Siam Paragon:...

BANGKOK - Pihak berkuasa tidak boleh meneruskan tindakan undang-undang ke atas suspek serangan...

2 Kes JE Dikesan...

GEORGE TOWN - Dua kes Japanese Encephalitis (JE) dilaporkan di Pulau Pinang yang...

23 Penagih Syabu, Opiat Ditahan AADK Di Yan

ALOR SETAR – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan menahan 23 penagih dadah dalam serbuan di kawasan perkampungan nelayan di Kampung Kuala Sala, Yan, semalam.

Ketua Operasi AADK Daerah Yan, Wan Noor Shah Abdullah berkata kesemua individu yang berumur antara 18 hingga 60 tahun itu ditahan dalam operasi selama enam jam bermula 3 petang.

“Operasi dijalankan hasil maklumat awam memaklumkan markas penagihan di persisiran laut yang pernah digempur sebelum ini aktif kembali dan menjadi tempat untuk mendapatkan bekalan dan melepaskan gian.

“Ketika serbuan, ada penagih yang cuba melarikan diri di kawasan sungai dan bendang, namun tindakan mereka tidak berhasil selepas berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Noor Shah berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua 23 penagih yang ditahan positif dadah jenis syabu dan opiat.


Tiga belas daripada individu terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 manakala 10 lagi individu diserahkan kepada polis untuk disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. – BERNAMA

Kategori