Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ombak Besar, Guru Naik...

PASIR PUTEH - Sekumpulan 15 guru yang tidak dapat ke Pulau Perhentian di...

Perbicaraan Tangguh Kerana Rosmah...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan rasuah terhadap Rosmah Mansor ditangguhkan selepas peguamnya memberitahu Mahkamah...

Program Klinik Cukai LHDNM

Mungkin ada yang masih belum menyedari mengenai kewujudan Program Klinik Cukai oleh Lembaga...

Empat Beranak Ditemui Mati...

SUNGAI PETANI - Seorang bapa dan tiga anaknya ditemui mati di dalam bilik...

23 Cedera Akibat ‘Lahar Bom’ Kilauea

LOS ANGELES – Tompokan gunung berapi Kilauea di Hawaii terkena sebuah bot membawa kumpulan pelancong yang menyaksikan letusan lahar berusia dua bulan itu, menyebabkan 23 orang cedera, kata jabatan bomba.

Kaki seorang wanita patah apabila ‘bom lahar’ yang melantun keluar dari air dengan tekanan tinggi ketika batuan cair jatuh ke dalam laut, mengenai bumbung bot dan menembusi bahagian tempat duduk, kata Ketua Batalion Jabatan Bomba Hawaii, Darwin Okinaka.

Okinaka berkata, bot terbabit kembali ke pelabuhan di Hilo kurang sejam kemudian dengan tiga mangsa cedera dibawa ke hospital tempatan menaiki ambulans.

Katanya, sembilan atau 10 penumpang lain dengan kecederaan ringan dibawa ke hospital menggunakan kenderaan persendirian manakala 10 lain dirawat para medik di pelabuhan, katanya kepada Reuters menerusi telefon.

Seorang jurucakap pertahanan awam, Kelly Wooten meletakkan angka yang cedera seramai 23 orang.


Jabatan Tanah dan Sumber Semula Jadi Hawaii (DLNR) berkata, bot itu dikendalikan Lava Ocean Tours, satu daripada sekurang-kurangnya tiga syarikat menawarkan lawatan harian kepada penumpang yang membayar sekitar AS$220 (RM887) seorang untuk menyaksikan aliran lahar ke laut dari dalam bot.

Pegawai syarikat bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengulas.

Seorang jurucakap datuk bandar Hawaii, Janet Snyder memberitahu akhbar Tribune Herald: “Kejadian itu berpunca daripada letupan. Ia menyebabkan lubang terbentuk di atas bumbung bot,” katanya menyifatkan bot itu diselaputi lahar. –Reuters/AFP/BH ONLINE

Kategori