Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

RM4 Bilion Bagi Pembangunan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperuntuk RM4 bilion dalam...

Lebih 7.5 Juta Pengguna...

KEPALA BATAS - Lebih 7.5 juta pengguna pelbagai perkhidmatan dan kemudahan di lapan...

KDN Akan Bincang Keberkesanan...

KANGAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan dengan agensi yang bertanggungjawab...

BN Bersifat ‘Malar Segar’,...

JOHOR BAHRU : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan...

22 Sekolah Tahfiz Di KL Terima Peruntukan RM1.155 Juta

PUTRAJAYA – Sebanyak 22 sekolah tahfiz di Kuala Lumpur menerima bantuan kewangan Pakej Rangsangan Khas Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM1.155 juta daripada Kementerian Pendidikan untuk tujuan pembangunan dan menaik taraf.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan peruntukan itu kepada wakil-wakil sekolah tahfiz berkenaan pada satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8(1) di sini, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu, Tengku Adnan berkata proses menaik taraf infrastruktur di sekolah berkenaan akan dimulakan tahun depan.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan menghias bilik darjah melibatkan 23 sekolah rendah dan menengah di Putrajaya sempena Bulan Kemerdekaan 2014. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori