Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Peruntukan RM6.3 Juta Bina...

KOTA BAHARU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperuntukkan kira-kira RM6.3 juta bagi pembinaan...

Istana Kelantan Tarik Darjah...

PANAS... Apakah benar Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad antara tiga individu...

Alabama Mungkin Haramkan Mini...

SKIRT pendek dan seluar pendek berkemungkinan besar akan diharamkan pemakaiannya di Alabama, Amerika...

PAS Arah Jentera Parti...

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk...

2,191,981 Guna E-Filing Sehingga Kini – Ahmad Maslan

BUKIT MERTAJAM – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga kini telah menerima 2,191,981 Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) atau Borang BE Tahun Taksiran 2014 melalui kaedah e-Filing.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata jumlah tersebut direkodkan sehingga 8.30 pagi ini dan ia menunjukkan peningkatan 2.29 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Katanya, LHDN menyasarkan sebanyak empat juta akan diterima melalui kaedah e-Filing pada tahun ini berbanding 3.8 juta pada tahun lepas.

“Ini (e-Filing) adalah kemudahan yang baik..patut dilakukan oleh pembayar cukai, mereka tak perlu beratur,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Bukit Mertajam di sini hari ini.

Ahmad berkata tarikh akhir mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2014 kepada LHDN telah dilanjutkan daripada 30 April 2014 (esok) kepada 15 Mei, iaitu tambahan, 15 hari.

“Tambahan masa ini terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) Akta Cukai Pendapatan 1967. Tarikh akhir 15 Mei ini tidak terpakai kepada kaedah penghantaran Borang BE secara borang kertas atau manual. Bagi kaedah itu masih kekal pada 30 April,” katanya.

Ahmad berkata untuk tahun ini, LHDN menyasarkan kutipan cukai keseluruhan RM142 billion, berbanding hampir RM134 bilion tahun lepas.

“Ia adalah daripada empat perkara cukai langsung di bawah LHDN iaitu cukai pendapatan individu, cukai pendapatan syarikat, RPGT (Cukai Keuntungan Harta Tanah) dan duti setem,” katanya.

Ahmad berkata pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memberikan cabaran kepada LHDN dalam mencapai sasaran kutipan untuk tahun ini.


“Berikutan pelaksanaan GST ada beberapa cukai yang diturunkan, yang turut melibatkan LHDN. Cukai pendapatan individu turun satu hingga tiga peratus, cukai koperasi turun satu hingga dua peratus. Cukai syarikat dulu 25 peratus turun kepada 24 peratus manakala cukai PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) turun 20 peratus kepada 19 peratus,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata jumlah keseluruhan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 dari tempoh 1 Dis 2014 sehingga 27 Feb 2015 adalah sebanyak 8,259,336 juta pemohon.

“Daripada jumlah itu, pemohon yang lulus adalah sebanyak 7,286,269 juta manakala permohonan yang tidak lulus adalah daripada 973,067 pemohon,” katanya.

Katanya daripada jumlah yang diluluskan itu, Pulau Pinang mencatat sebanyak 398,435 pemohon, peningkatan 20 peratus berbanding BR1M 2014 iaitu 333,915.

“Bagi LHDN Pulau Pinang, permohonan BR1M 2015 yang telah diterima secara manual dan diproses ialah sebanyak 163,107 permohonan dan bakinya adalah secara atas talian atau e-BR1M iaitu 289,609 permohonan, katanya.

Bagi rayuan BR1M 2015 pula, sehingga 15 April lepas, LHDN Pulau Pinang menerima 6,804 permohonan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori