Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

PM Adakan Lawatan Kerja...

ANTALYA (Turki) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan...

Pakar Motivasi Gelar Kumpulan...

BETULLAH ungkapan pepatah, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.Dalam kontroversi terbaru membabitkan...

Cubaan Nelayan Vietnam Seludup...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot bersama...

2,000 Unit PPR Dibina Di Kedah Tahun Ini

ALOR SETAR – Sebanyak 2,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di Kedah tahun ini membabitkan kos RM450 juta, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Rumah tersebut akan dibina di tiga lokasi iaitu 1,000 unit di Langkawi, 500 unit di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata di sini dan 500 unit lagi di Baling, katanya.

“Kita akan mulakan kerja pembinaan dalam tempoh terdekat ini setelah lokasi sebenar dikenal pasti,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rancangan Perumahan Awam (RPA) Flat Seri Gemilang di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Dalam pada itu, Noh berkata pihaknya turut bersetuju agar RPA berkenaan dijual kepada penyewa melalui skim sewa beli dengan kelulusan kerajaan negeri bagi memudahkan penyewa memiliki rumah sendiri pada harga yang rendah.


Ketika ini penyewa di flat berkenaan perlu membayar sewa RM70 sebulan.

Semalam PPR Harmoni di Sungai Petani menjadi rumah transit pertama yang dibina di bawah projek PPR ditawarkan kepada penyewa melalui skim sewa beli pada harga MR35,000 seunit.

Noh berkata ia antara lain berikutan beberapa PPR terbiar tanpa penyelenggaraan dan pengurusan sempurna kerana tiadanya perasaan memiliki terhadap rumah yang diduduki dengan mengganggapnya sebagai rumah sewa semata-mata. – BERNAMA

Kategori