Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mat Sabu Salahkan MAB...

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini menegur perkhidmatan Malaysia Airlines...

Harga Baja, Racun Naik...

KUALA TERENGGANU : Kenaikan sehingga 100 peratus harga baja dan racun sejak akhir-akhir...

Masa Untuk PAS Telah...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan masa telah tamat untuk Pakatan...

Buaya Serang Ternakan Penduduk,...

KABONG - Seekor buaya jantan sepanjang lima meter dengan ukur lilit 1.7 meter...

20 Maut Tanah Runtuh Di Sudan

KHARTOUM – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh di Darfur, Sudan akibat tanah runtuh berikutan hujan lebat, kata kumpulan pemberontak.

Beberapa orang dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan di kawasan kediaman di rantau Jebel Marra di Darfur.

Kawasan terpencil itu di bawah kawalan kumpulan Tentera Pembebasan Sudan-Abdul Wahid, (SLA- AW), dan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kejadian adalah sukar.

“Pada 7 September sebahagian bukit runtuh di sebuah kampung di timur Jebel Marra membunuh sekurang-kurangnya 20 orang. Puluhan lagi mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan. Seluruh kawasan kampung musnah,” kata jurucakap SLA-AW, Mohamed El-Naier.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Syura Puak Fur, Amin Mahmud Osman meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kerajaan membantu mencari mangsa yang masih hilang serta menyediakan perlindungan sementara kepada mangsa terselamat.

Wilayah Jebel Marra, sebuah kawasan pergunungan telah menyaksikan pertempuran terbaru antara SLA-AW dan pasukan pemerintah sejak beberapa bulan kebelakangan ini.


Khartoum juga menyekat akses media antarabangsa ke Darfur, menyukarkan lagi maklumat terpeinci mengenai pertempuran mahupun bencana diperolehi.

Keganasan di Darfur bermula pada 2003, apabila pemberontak etnik bangkit menentang pemerintah Sudan, kerana didakwa meminggirkan mereka.

PBB mengatakan konflik tersebut telah meragut kira-kira 300,000 orang dan lebih 2.5 juta lagi melarikan diri. – BERNAMA

Kategori